MAJLIS pelancaran butik terbaru Asyikin Exclusive di Setapak Central, baru-baru ini.
MAJLIS pelancaran butik terbaru Asyikin Exclusive di Setapak Central, baru-baru ini.
Siti Nadirah Hafidzin

Memilih konsep rekaan Muslimah kontemporari bagi membuka peluang kepada penggemar fesyen tempatan yang mahu tampil elegan, namun pada masa sama masih mengikut syariat.

Mempelbagaikan rekaan jubah, blaus, tudung dan seluar palazo yang bukan saja selesa malah mengikut perkembangan fesyen terkini menjadikan koleksi daripada Asyikin Exclusive mampu bersaing dengan jenama fesyen lain.

Bagi meluaskan rangkaian dan membantu lebih ramai wanita mendapatkan koleksinya, Asyikin Exclusive melangkah setapak ke depan dengan membuka cawangan ketiga butiknya di Setapak Central, baru-baru ini.

Menurut pengasas Asyikin Exclusive Nur Asysikin Rahmat, selepas dua cawangannya bertapak di Melaka, pihaknya yakin pembukaan cawangan terbaru itu mampu membantu lebih ramai Muslimah untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa.

 TAMPILKAN kelainan
TAMPILKAN kelainan

“Pembukaan cawangan baru ini juga didorong sambutan dan permintaan luar jangkaan yang diterima daripada pelanggan khususnya di Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, kami mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Ayer Keroh dan pusat beli-belah Mahkota Parade dan terbaru di Setapak Central,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media dan penulis blog sempena pembukaan Asyikin Exclusive.

Nur Asysikin berkata, pelanggan bukan saja dapat menikmati tawaran harga berpatutan malah merasai pengalaman membeli-belah yang selesa di butik ini.

“Sebut saja koleksi busana apa diinginkan, kami mempunyai pelbagai rekaan terkini yang selesa dengan harga mampu milik.

“Malah, kami juga menawarkan pilihan saiz untuk wanita bersaiz besar bagi membantu golongan itu bergaya menarik,” ujarnya.

MENGGUNAKAN fabrik berkualiti.
MENGGUNAKAN fabrik berkualiti.

Katanya, semua rekaan busana di butiknya direka dengan gaya elegan selain menampilkan kelainan bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai fesyen terkini dengan menggunakan kain bermutu dan berkualiti pada harga yang lebih rendah.

“Kami juga dalam perancangan untuk memperkenalkan jenama ini di pasaran antarabangsa bagi memenuhi permintaan fesyen rekaan Muslimah,” katanya.

MENGGUNAKAN fabrik berkualiti.
MENGGUNAKAN fabrik berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 8:50 AM