KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.
KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.
Intan Mas Ayu Shahimi

Selama lebih 40 tahun, peminat kucing comel tertawan pada watak manja Hello Kitty. Jika hendak dibandingkan dengan saiznya yang mungkin hanya setinggi lima biji epal, pengaruh Hello Kitty jauh berganda besarnya di seluruh dunia. Semua yang berkaitan dengan watak kucing ini juga mudah mencuit hati sesiapa saja, sejak pertama kali ia diperkenalkan di Jepun pada 1974.

Koleksi sepatu Puma Suede pula dilahirkan pada 1968. Ia mencipta status ikonik dalam arena sukan dan dianggap pilihan relevan dalam dunia kasut. Kedua-dua persamaan ini meletakkan Hello Kitty dan Puma Suede sebagai ikon budaya pop #ForAllTime.

Majoriti sedar Hello Kitty adalah watak comel dengan pengaruh besar di semua peringkat umur. Fakta ini menjadikan ia pilihan paling sempurna untuk meraikan ulang tahun ke-50 Suede.

KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.
KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.

Membelek kelainan dalam koleksi ini, segalanya mengenai himpunan reben merah Hello Kitty hingga kepada ikon botol susunya. Gabungan rona merah terang, cetakan corak nakal, comel dan menyeronokkan menonjolkan lagi gaya serta keunikan dalam koleksi ini.

Mungkin ramai yang sudah bosan dengan sepatu Suede yang funki, segar, bergaya dan sporti. Oleh itu, siluet indah daripada Puma ini menjadi pilihan tepat untuk mereka yang gemarkan gaya ikonik dan santai.

Sekilas pandang, rona merah berseri sepatu PUMA x Hello Kitty Suede Classic ini sudah menambat hati. Tidak kira sama ada tali, lidah kasut atau bahagian belakang tumit, semuanya membangkitkan mood ceria.

Lebih menarik koleksi ini boleh didapati dalam saiz dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi!

KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.
KOLEKSI PUMA x Hello Kitty yang dibawa ke Malaysia.

Melengkapkan kapsul koleksi ikonik ini adalah baju-T rona putih dengan logo kolaborasi merah, baju panas berhud dengan garis putih sepanjang bahu dan lengan, seluar, beg galas, beg cerut serta topi.

Setiap satunya diceriakan dengan rona putih dan merah dan diselitkan ikon ‘kawaii’ Hello Kitty untuk membangkitkan keterujaan si pemakai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 12:02 AM