KOLEKSI pemerah bibir terbaru NARS.
KOLEKSI pemerah bibir terbaru NARS.
HM Digital

Jenama kosmetik ternama Nars memperkenalkan koleksi pemerah bibir ‘matte’ dan penggaris bibir terbarunya yang didatangkan dalam pelbagai pilihan warna menarik.

Didatangkan dalam 20 pilihan warna untuk pemerah bibir dan 26 warna untuk penggaris bibir, koleksi ini mampu menaikkan seri si pemakai, sekali gus memberikan gaya memukau tanpa mengira masa dan tempat.

Ia memudahkan si pemakai untuk bergaya dengan pantas dan dua koleksi ini antara keperluan kosmetik yang perlu ada dalam beg tangan setiap wanita.

Dengan harga berpatutan iaitu RM91 untuk penggaris bibir dan RM97 untuk pemerah bibir ‘matte’, semua koleksi ini boleh didapati bermula September di Nars Cosmetic Suria, KLCC, Pavillion, Mid Valley, Sunway Pyramid dan Parkson Gurney Plaza. Ia antara koleksi Nars terhebat masa kini yang mampu memberikan gaya lebih memukau kepada si pemakai!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 10:17 AM