Mengenal pasti waktu subur bagi ibu yang masih menyusukan bayi mungkin agak sukar kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun ketika berdepan masalah haid tidak teratur. Cuba amalkan tip berikut.

Mungkin dengan mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di samping menjaga kesuburan, rezeki menimang cahaya mata menyebelahi anda.

1. Cuba relaks

Kurangkan mandian panas. Kajian menunjukkan mandi dengan air sejuk boleh membantu meningkatkan kesuburan tidak kira sama ada wanita atau lelaki.

2. Tingkatkan kebersihan

Menurut penelitian dilakukan University of North Carolina di Amerika Serikat, wanita yang biasa melakukan kerja rumah seperti mengemas dan berkebun mempunyai potensi untuk cepat hamil. Rutin berkenaan dikatakan boleh menghentikan produksi insulin yang dianggap membahayakan perkembangan telur.

3. Rehat mencukupi

Menurut pakar ginekologi, Michael Dooley, tekanan memberi kesan besar terhadap kesuburan wanita. Ia juga melambatkan pengeluaran sperma.

4. Minum susu

Minumlah sekurang-kurangnya segelas susu setiap hari untuk mengurangkan risiko ketidaksuburan. Menurut penelitian Universiti Harvard, lemak daripada susu membantu ovari bekerja dengan baik.

5. Amalkan pengambilan multivitamin

Wanita yang sihat biasanya mempunyai tahap kesuburan yang baik. Dengan pengambilan nutrisi penting seperti asid folik, vitamin B12 dan selenium, ia boleh membantu meningkatkan kesihatan, sekali gus kesuburan wanita.

6. Kekalkan berat badan ideal

Lemak menghasilkan hormon estrogen. Ini memberi kesan kepada proses ovulasi tubuh. Mengekalkan berat badan ideal boleh meningkatkan pengeluaran telur.

7. Makan lebih banyak minyak ikan

Kandungan omega-3 dalam minyak ikan boleh mengurangkan risiko keguguran. Pakar pemakanan, Marilyn Glenville berpendapat pengambilan minyak ikan sangat penting untuk kesihatan dan keseimbangan hormon.

8. Jauhi kafein

Ada pendapat mengatakan meminum secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Ini kerana kafein dipercayai mengurangkan aktiviti tiub fallopio yang berperanan membawa telur dari ovari.

9. Minum banyak air

Pakar kesuburan wanita, Zita West berpendapat minum air dalam jumlah yang cukup penting untuk menyokong sistem reproduksi.

10. Lakukan hubungan seks

Untuk mendapatkan anak, setiap pasangan disaran melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kualiti sperma dipercayai berkurangan jika disimpan dalam tubuh lebih dari tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 3:56 PM