WAJAH Anastasia Pokreshchuk sebelum dan selepas melakukan pembedahan. FOTO Agensi
WAJAH Anastasia Pokreshchuk sebelum dan selepas melakukan pembedahan. FOTO Agensi
Agensi

Kyiv: Seorang model terkenal dari Ukraine yang mempunyai 'pipi terbesar dunia' mengejutkan pengikutnya selepas mendedahkan wajahnya sebelum pembedahan di laman sosial.

Mirror UK melaporkan, Anastasia Pokreshchuk, 34, membuat pendedahan itu menerusi perkongsian gambar perbandingan wajahnya sebelum dan selepas melakukan pembedahan

Menerusi perkongsian itu, ketara wajah Anastasia Pokreshchuk berbeza sebelum dia membelanjakan ribuan pound untuk melakukan pembedahan estetik.

Rambut wanita itu kini berwarna merah jambu terang, solekan dramatik dengan tulang pipi dan dagu yang tajam serta bibir lebih lebar.

Dia berkongsi gambar itu dengan 93,000 pengikutnya dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata yang melihat gambar itu lebih menyukai wajah asal Anastasia bagaimanapun, ada juga yang menyukai penampilan dan wajah terbarunya.

Anastasia melakukan perubahan wajah sejak berusia 26 tahun bermula dengan bibir dan botoks yang disuntik pada dahinya.

Sejak itu, tidak terkira berapa banyak prosedur dijalankan dan difahamkan, Anastasia sudah membelanjakan ribuan pound untuk pengisi muka sahaja.

Selain pipi, Anastasia juga mewarnakan rambutnya, memasang venir dan melakukan prosedur pembesaran payudara.

"Selepas menjalani suntikan dan melihat perubahan pada pipi, saya menyukainya.

"Saya sedar ia kelihatan pelik kepada orang lain, tetapi saya tidak kisah," katanya.

Anastasia berkata, perubahan dilakukan meningkatkan keyakinannya

"Sebelum ini ibu merasakan saya cantik semula jadi namun kini dia rasa saya lebih eksotik. Rakan pula berkata penampilan baru saya lebih baik kerana sebelum ini saya kelihatan seperti tikus kelabu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2023 @ 2:15 PM