KYRIAKOS Mitsotakis bertemu Katerina Sakellaropoulou (kanan) membincangkan perihal pilihan raya di Istana Presiden di Athens, Greece semalam. FOTO Reuters.
KYRIAKOS Mitsotakis bertemu Katerina Sakellaropoulou (kanan) membincangkan perihal pilihan raya di Istana Presiden di Athens, Greece semalam. FOTO Reuters.
Bernama-Sputnik

Athens: Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou semalam, menandatangani dekri untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 21 Mei, lapor Sputnik.

Terdahulu, Sakellaropoulou mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis.

"Parlimen baharu dijadual dibentuk pada 1 Jun 2023, pada Khamis…," memetik dokumen Warta Rasmi Kerajaan.

Selain itu, Calliope Spanou dilantik sebagai pemangku menteri dalam negeri dan akan mengangkat sumpah pada Ahad. Beliau akan bertanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya parlimen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 10:50 AM