IBU pejabat baharu Nato di Brussels, Belgium.  FOTO fail Reuters
IBU pejabat baharu Nato di Brussels, Belgium. FOTO fail Reuters
AFP

Brussels: Bendera Finland bakal dikibarkan di luar ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) hari ini apabila ia menjadi anggota terbaharu perikatan itu.

Setiausaha Agung Jens Stoltenberg berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Finland sebagai anggota ke-31 Nato .

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada malam sebelum mesyuarat bersejarah menteri luar Nato di Brussels.

Menteri Luar Finland akan menyerahkan kertas penyertaan rasmi kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, penjaga perjanjian pengasas Nato.

Bendera biru-putih negara itu akan dinaikkan bersama sekutu baharunya itu.

Presiden Finland, Sauli Niinisto dijangka berucap pada majlis berkenaan.

Pencerobohan habis-habisan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine pada 2022 menjejaskan keselamatan Eropah dan mendorong Finland dan jirannya, Sweden, berusaha untuk menyertai Nato.

Bantahan dari Turkiye dan Hungary menahan bidaan Helsinki selama berbulan-bulan dan masih menyekat Stockholm, sebelum Parlimen di Ankara memberi lampu hijau kepada usaha Finland, menerusi undian pada minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 9:38 AM