PERDANA Menteri Finland, Sanna Marin. FOTO AFP
PERDANA Menteri Finland, Sanna Marin. FOTO AFP
AFP

Helsinki: Finland secara rasmi mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selepas Sweden berkata, negara itu menyokong keahlian dan membuka ruang bagi permohonan bersama.

Pengumuman itu dibuat kira-kira tiga bulan selepas Rusia menceroboh Ukraine, sekali gus menyaksikan perubahan dasar ketenteraan berkecuali untuk kedua-dua negara Nordic, sejak lebih 75 tahun bagi Finland, manakala dua abad untuk Sweden.

Sokongan awam dan politik untuk menyertai Nato melonjak di Finland dan Sweden, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan mereka dijangka menghantar permohonan minggu ini.

"Ini adalah hari yang bersejarah dan pembukaan bagi era baharu," kata Presiden Finland Sauli Niinisto kepada wartawan dalam kenyataan bersama dengan Perdana Menteri Sanna Marin, semalam.

"Penyertaan ini adalah perkara terbaik demi keselamatan Sweden dengan memohon keahlian sekarang dan kami melakukannya dengan Finland," kata Perdana Menteri Magdalena Andersson di Stockholm.

Pemulihan oleh Parti Sosial Demokrat ini yang menentang keahlian Nato sejak perikatan itu, diwujudkan memperoleh majoriti kukuh di Parlimen Sweden bagi menyertai pakatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 10:30 AM