PEMANDANGAN dari udara menunjukkan bangunan yang runtuh di Hatay, Turkiye. FOTO Reuters
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan bangunan yang runtuh di Hatay, Turkiye. FOTO Reuters
Reuters

Istanbul: Jalan No 21 di Hatay, Turkiye, pada Ahad lalu menjadi kawasan kepada puluhan keluarga.

Namun, pada Isnin , semuanya musnah kerana gempa bumi.

Bencana paling dahsyat sejak 1999 itu menyebabkan bangunan musnah, penghuninya hilang tempat tinggal dengan orang ramai yang masih terkejut bertungkus lumus mencari ahli keluarga yang hilang.

Pasukan penyelamat berusaha untuk mencapai kawasan paling terjejas, yang terhalang kerana jalan yang rosak, cuaca buruk dan kekurangan sumber serta kelengkapan.

"Tiada kata-kata dapat diucapkan. Tangisan bukan lagi penawar," kata Halil Gencoglu pada Selasa sambil menahan air mata.

Pusat bandar itu katanya: "Bagaikan bandar hantu. Kami sudah ketinggalan selama 50 tahun. Hidup kami musnah. Kanak-kanak menderita... Sekurang-kurangnya dua atau tiga orang meninggal dunia dari setiap rumah."

Hampir tiada bangunan yang selamat di jalan itu. Pintu, bumbung dan tingkat bertaburan.

Mangsa cedera diselamatkan dari runtuhan bangunan yang pernah menjadi rumah mereka.

Banyak orang berdiam diri, seakan tidak percaya.

Abdulkadir Dogan sudah kehilangan ibu bapanya dalam bencana berkenaan, namun berharap sepupunya akan selamat.

"Kami mahu menyelamatkan isteri, saudara-mara kami dan rakan yang terperangkap. Mereka adalah keutamaan kerana kami berharap dapat hidup bersama mereka... Sepupu saya terperangkap di sana. Saya di sini dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2023 @ 9:38 AM