Pemasangan panel solar pada bumbung bangunan di Paris. FOTO Reuters.
Pemasangan panel solar pada bumbung bangunan di Paris. FOTO Reuters.
BERNAMA

Paris: Oktober tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France pada Rabu.

Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France.

Perkhidmatan meterologi memaklumkan bahawa suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Oktober.

Cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini disertai dengan kejadian ribut petir melanda sebahagian besar negara itu pada 23 Oktober, hingga menyebabkan kerosakan, terutamanya di utara Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 12:02 PM