Gambar fail, Emmanuel Macron. FOTO AFP.
Gambar fail, Emmanuel Macron. FOTO AFP.
AFP

Paris: Presiden Emmanuel Macron hari ini ditabal secara rasmi selepas memperoleh mandat kedua dalam pemilihan lalu, menjadikan beliau ketua negara Perancis pertama yang memerintah selama 20 tahun.

Upacara pertabalan bermula 0900 GMT di Istana Elysee, langkah pertama dilalui Macron untuk memulakan penggal lima tahun yang baharu.

Macron berdepan agenda sukar dalam melaksanakan pembaharuan yang diikrarkannya ketika mula memegang kuasa sebagai presiden termuda Perancis pada 2017, serta menangani serangan Rusia terhadap Ukraine.

Pada upacara itu, Ketua Majlis Perlembagaan Laurent Fabius membaca kenyataan yang mengesahkan kemenangan Macron pada pusingan kedua Pemilihan Presiden, 24 April lalu dengan undi 58.55 peratus mengatasi pesaing kanan Marine La Pen.

Penggal kedua Macron akan bermula secara rasmi apabila penggal pertama tamat menjelang tengah malam 13 Mei.

Macron juga dijangka menamakan perdana menteri baharu menggantikan Jean Castex untuk mengetuai kerajaan yang diubahsuai, sebaik memulakan penggal keduanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 11:05 AM