TANYA Nedashkivska. FOTO Reuters
TANYA Nedashkivska. FOTO Reuters
Agensi

Kyiv: Suasana sayu menyelubungi sebuah kawasan penempatan di Bucha apabila seorang wanita Ukraine meratapi kematian suami yang ditemukan dengan kesan tembakan di kepala, penderaan termasuk dicacatkan dan diseksa semasa pencerobohan tentera Rusia.

Metro UK melaporkan, Tanya Nedashkivska mencari Vasyl Ivanovych yang juga seorang pegawai tentera laut, yang ditangkap oleh tentera Rusia sebelum ini.

Beberapa hari kemudian, dia mengenal pasti mayat suaminya selepas mengenali pakaian yang sudah mereput di ruang bawah tanah sebuah bangunan.

"Dia kelihatan cacat, badannya sejuk. Mereka menterbalikkan badannya sedikit. Dia juga ditembak di kepala, dicacatkan serta diseksa," kata Tanya ketika menjelaskan keadaan mayat suaminya.

Imej tragis itu sebahagian daripada banyak yang muncul dari bandar berhampiran Kyiv itu di mana mayat orang awam dibunuh dan bersepah di jalanan.

Selepas tentera Rusia berundur dari kawasan itu untuk menumpukan serangan ke bahagian lain di Ukraine, lebih 400 mayat ditemukan di Bucha dalam keadaan dicacatkan, termasuk tangan terikat dan lubang luka bekas tembakan kosong.

Presiden Volodymyr Zelensky semasa wawancara dengan CBS News mendakwa kekejaman itu adalah "pembunuhan beramai-ramai".

"Sesungguhnya, ini pembunuhan beramai-ramai dengan tujuan penghapusan seluruh negara, rakyat," katanya.

Jurucakap kerajaan, Sergey Nikiforov berkata, pegawai menemui apa yang kelihatan "betul-betul seperti jenayah perang", termasuk mayat orang awam yang dibunuh dan kubur besar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 7:15 AM