TENTERA Ukraine berjalan di jalan di barat Kyiv. FOTO AFP
TENTERA Ukraine berjalan di jalan di barat Kyiv. FOTO AFP
Reuters

Kyiv: Puluhan cedera dalam pertempuran semalaman di Kyiv, kata datuk bandarnya Vitali Klitschko pada pagi Sabtu.

Setakat jam 6 pagi, 25 orang, termasuk dua kanak-kanak cedera, katanya.

Adalah tidak jelas sama ada beliau merujuk kepada hanya orang awam.

Klitschko menambah bahawa, ketika ini, tiada kehadiran utama tentera Rusia di Kyiv, walaupun katanya ada kumpulan pensabotaj yang aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 4:23 PM