BIDEN dan PUTIN. FOTO AFP
BIDEN dan PUTIN. FOTO AFP
AFP

Washington: Usaha untuk meredakan krisis di Ukraine secara diplomasi melalui panggilan telefon semalam, gagal meredakan ketegangan, dengan Rumah Putih menegaskan Rusia menghadapi 'akibat buruk dan teruk yang segera' jika serangan dilakukan.

Presiden Russia, Vladimir Putin turut membidas dakwaan negara Barat bahawa Moscow akan mengambil langkah demikian, dengan menyifatkannya sebagai sebagai 'spekulasi provokatif' di negara bekas Soviet itu.

Bercakap selepas panggilan telefon antara Putin dan Presiden Joe Biden, penasihat dasar luar utama Kremlin, Yury Ushakov menyifatkan 'histeria sudah mencapai kemuncaknya.'

Ketegangan yang menyaksikan Russia menempatkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine, semakin memuncak selepas Washington memberikan amaran serangan besar-besaran boleh berlaku bila-bila masa, manakala Russia mempergiatkan latihan ketenteraan di Laut Hitam.

"Jika Russia menyerang Ukraine, AS bersama sekutu dan rakan akan bertindak balas dengan tegas yang memberikan akibat buruk yang teruk dan segera terhadap Russia," kata Biden kepada Putin, menurut Rumah Putih.

"Walaupun AS bersedia untuk mengadakan rundingan diplomasi, 'kita turut bersedia untuk situasi untuk berdepan senario lain," kata Biden.

Sementara itu, seorang pegawai kanan AS pula memberitahu wartawan, perbualan kira-kira sejam antara Biden dengan Putin itu adalah 'profesional dan substantif', namun 'tiada perubahan asas' yang dinamik.

Menurut Pejabat Macron, perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung selama satu jam 40 minit.

"Kedua-dua belah pihak menunjukkan keinginan untuk meneruskan dialog," katanya tetapi tidak melaporkan perkembangan secara jelas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Februari 2022 @ 10:30 AM