SULTAN Kosen. FOTO Agensi
SULTAN Kosen. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Lelaki tertinggi di dunia menjelajah sehingga ke Rusia untuk mencari isteri baharu yang mampu memberinya zuriat.

Sultan Kosen, 39, petani dari Turki itu mengidap tumor yang menjejaskan kelenjar pituitari sehingga menyebabkan dia menghasilkan hormon pertumbuhan yang berlebihan.

Menurut Guinness World Records, lelaki itu memiliki ketinggian 2.51 meter menjadikannya lelaki tertinggi di dunia.

Kosen berkata, walaupun dia memiliki kelebihan kerana ketinggian yang dimiliki namun tidak dinafikan ia menyebabkan kesukaran dan ketidakselesaan dalam menjalani aktiviti harian.

Sebelum ini, dia berkahwin dengan Merve Dibo, 29, wanita berasal dari Syria, pada 2013.

Dalam satu temu bual, dia menjelaskan masalah komunikasi menjejaskan hubungan mereka.

Kosen bertutur dalam bahasa Turki, manakala isterinya bertutur dalam bahasa Arab.

Pasangan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk berpisah beberapa tahun selepas mendirikan rumah tangga.

Sebaik bergelar duda, Kosen mengambil penerbangan dan menjelajah Moscow untuk mencari isteri baharu, awal Disember lalu.

Keputusan itu dibuat selepas dia mendengar wanita Rusia memiliki kecantikan dan lebih bersifat menyayangi pasangan.

Dia berharap akan bertemu dengan wanita yang mampu melahirkan anak lelaki dan perempuan buatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 6:35 AM