PENUNJUK perasaan ketika menyertai demonstrasi berkenaan. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan ketika menyertai demonstrasi berkenaan. FOTO AFP
AFP

Rom: Ribuan penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di pusat bandar Rom bagi menentang perluasan sistem pas kesihatan Covid-19 untuk semua tempat kerja.

Demonstrasi itu juga menyebabkan berlakunya pertempuran dengan polis.

Ia selepas penunjuk perasaan mempersoalkan sistem pas kesihatan yang menjadi syarat kemasukan ke muzium, acara sukan dan restoran sejak Ogos.

Walaupun demonstrasi itu dibenarkan, ratusan peserta cuba berarak di Parlimen.

Polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan selain menangkap beberapa penunjuk perasaan semasa pertempuran, lapor agensi berita AGI.

Satu demonstrasi berasingan turut diadakan di Rom, di Milan dan di Cesena, tengah Itali.

Tiga minggu lalu, Perdana Menteri Mario Draghi mengumumkan skim kesihatan itu akan diperluas ke semua tempat kerja mulai 15 Oktober.

Mana-mana pekerja yang ingkar akan digantung kerja tanpa gaji.

Sistem pas kesihatan sudah ada untuk semua pekerja perubatan dan ia memerlukan seseorang individu untuk mengemukakan sijil vaksinasi, bukti pemulihan daripada Covid-19 atau keputusan negatif ujian saringan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 10:19 AM