FOTO tular menunjukkan asap dari kebakaran berkenaan.
FOTO tular menunjukkan asap dari kebakaran berkenaan.
AFP

London: Enam individu dirawat paramedik dan seorang dimasukkan ke hospital selepas kebakaran di unit industri di selatan London, berhampiran salah satu stesen kereta api di negara itu.

Ia menyebabkan asap tebal di ibu negara United Kingdom itu dan mengganggu pengangkutan awam.

Pada satu ketika, kira-kira 100 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di tiga unit industri di bawah gerbang landasan kereta api di Elephant and Castle, dengan Sungai Thames.

Enam kereta dan sebuah pondok telefon juga terbakar, menurut bomba.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata, kebakaran sudah dikawal, tetapi kakitangan perubatan merawat enam orang di lokasi yang terhidu asap, dan seorang dimasukkan ke hospital.

Bomba berkata, pihaknya menerima banyak panggilan kecemasan memaklumkan kejadian dan menghantar 15 jentera dari pelbagai lokasi ke tempat kejadian.

"Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum diketahui," katanya.

Namun, Polis Metropolitan menolak ia adalah berkaitan serangan pengganas.

Imej yang tular di media sosial menunjukkan asap dari unit berkenaan dan letupan.

Asap tebal juga boleh dilihat dari bangunan pejabat di seberang sungai di tengah London.

Jalan ditutup di kawasan berkenaan, manakala perkhidmatan kereta api mungkin akan dibatalkan atau tertunda sehingga malam Isnin, memandangkan lokasi kejadian yang terletak berhampiran stesen kereta api.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 8:29 AM