JEFF Bezos antara individu terkaya dunia. FOTO AFP
JEFF Bezos antara individu terkaya dunia. FOTO AFP
Agensi

London: Ketika kebanyakan orang terjejas dengan Covid-19, namun 10 individu terkaya dunia ini mengaut kekayaan berganda sepanjang pandemik ini.

Lapor New York Post, laporan dari Oxfam International mendedahkan, kekayaan dikecapi 10 individu itu sepanjang tahun lalu mampu membeli vaksin Covid-19 untuk setiap individu di seluruh negara.

Organisasi anti kemiskinan British itu mendedahkan bagaimana pandemik itu mewujudkan lagi jurang luas antara golongan kaya dan miskin.

Menurut analisis Oxfam International mengenai data kekayaan Forbes, kolektif kekayaan 10 jutawan terbabit meningkat kepada AS$540 billion (RM2.18 trilion) bermula 18 Mac hingga 31 Disember lalu.

MARK Zuckerberg. FOTO AFP
MARK Zuckerberg. FOTO AFP

Laporan itu menganggarkan, nilai terbabit sudah cukup menampung pengeluaran, pengedaran dan penghantaran vaksin Covid-19 sebanyak AS$141.2 bilion (RM572.42 bilion) untuk menampung keperluan seluruh populasi dunia.

Malah, mereka juga boleh menggunakan kemewahan mereka untuk membantu seseorang daripada kemiskinan akibat Covid-19 yang dianggarkan bernilai AS$88 bilion (RM357 bilion) selama setahun.

Oxfam International menggesa pemimpin dunia menangani ketidaksamarataan ini dengan meningkatkan cukai korporat, menutup tempat percukaian dan memperluas program kesejahteraan sosial.

Mereka mengeluarkan cadangan pada hari pertama persidangan tahunan Forum Ekonomi Dunia Davos yang berlangsung secara maya tahun ini.

ELON Musk. FOTO AFP
ELON Musk. FOTO AFP

Rekod pemulihan pasaran saham akibat pandemik menyaksikan kekayaan jutawan seperti Ketua Amazon Jeff Bezos, Pengasas Tesla Elon Musk dan pengasas, Facebook Mark Zuckerberg terus meningkat pada tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 6:45 AM