BERGER dipenjara 14 tahun atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. FOTO AGENSI
BERGER dipenjara 14 tahun atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. FOTO AGENSI
Agensi

London: Lelaki digelar 'predator berbahaya' dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak dan menyebarkan video tidak bermoral dalam talian.

Portal Evening Standard melaporkan Abraham Berger, 40, didakwa memiliki lebih 1,600 gambar tidak senonoh dalam telefon bimbitnya.

Pesalah pedofil itu berasal dari Hackney, timur London itu mengakui dia melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah usia 10 tahun.

Menurut Mahkamah Snaresbrook Crown, Berger juga termasuk dalam kumpulan chatting yang membincangkan mengenai gangguan terhadap kanak-kanak.

Kumpulan itu didapati berkongsi gambar dan video tidak senonoh mengenai kanak-kanak.

Berger pertama kali ditangkap pada Ogos tahun lalu oleh detektif dari unit siasatan gangguan dan eksploitasi kanak-kanak.

Telefon bimbitnya diperiksa dan pihak berkuasa menemui hampir 1,600 gambar tidak senonoh membabitkan kanak-kanak serta 127 video, dinilai dari kategori paling serius A hingga C. - Agensi

Dia dipenjara selama 14 tahun bermula Khamis lalu selepas mengaku bersalah atas pelbagai jenayah seksual dengan penetrasi dan sentuhan, serta membuat dan menyebarkan gambar tidak senonoh kanak-kanak.

Detektif Polis Chris Bailey mengatakan, Berger adalah 'predator' berbahaya yang menimbulkan risiko serius bagi kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 6:05 AM