CHANDRIKA Chika. FOTO Instagram
CHANDRIKA Chika. FOTO Instagram
Agensi

Jakarta: Polis Jakarta Selatan menahan enam orang, termasuk selebriti Instagram, Chandrika Chika, berhubung penyalahgunaan dadah pada Isnin, lapor portal Kompas.

Timbalan Ketua Unit Penyelidikan Narkotik AKP Reska Anugrah berkata, keenam-enam suspek ditahan di sebuah hotel yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan, kira-kira 11 malam.

"Berdasarkan laporan orang ramai, hotel ini dijadikan sarang penyalahgunaan dadah. Kemudian berdasarkan hasil siasatan, enam orang ditemukan di lokasi kejadian.

"Salah seorang daripada mereka huruf awalnya ialah CK, seorang selebriti Instagram dan HJ, iaitu seorang atlet e-sport," katanya.

Dalam tangkapan itu, Ressa berkata, penyiasat turut merampas sejumlah bahan bukti berupa pod e-rokok bersama cecair mengandungi ganja yang digunakan secara bergilir-gilir.

Tambahnya, keenam-enam suspek itu sebelum ini mengenali antara satu sama lain dan sering mengambil dadah bersama-sama sejak setahun lalu.

Ressa berkata, keenam-enam suspek didakwa mengikut Perkara 127 Nombor 35 Tahun 2009, yang mana jika sabit kesalahan kesemua mereka berdepan hukuman penjara empat tahun.

"Artikel yang kami gunakan ialah 127 Nombor 35 Tahun 2009 dengan hukuman empat tahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 11:29 AM