Mohd Hasbi Sidek


LAPAN RATUS guni disyaki mengandungi dadah Methamphetamine bernilai ratusan juta ringgit dirampas anggota cawangan narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari premis di Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Susulan serbuan kira-kira 6 petang itu, KDRN turut menahan tujuh individu berusia 22 hingga 43 tahun.

Sumber KDRM berkata, ketika serbuan terdapat enam lelaki sedang memunggah guni berkenaan dari kontena ke premis.

"Hasil pemeriksaan enam daripada 800 guni itu mendapati kandungannya adalah serbuk putih seberat 150.72 kilogram disyaki dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM10.55 juta.

"Pasukan serbuan menahan keenam-enam lelaki berkenaan yang terdiri daripada lima warga Bangladesh dan seorang warga Nepal," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap seorang suspek, seorang lagi warga tempatan ditahan di kawasan Seri Kembangan pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 12:40 PM
ANTARA guni disyaki mengandungi dadah yang dirampas. FOTO ihsan polis
ANTARA guni disyaki mengandungi dadah yang dirampas. FOTO ihsan polis