Yao (kanan) dan Lin ketika perarakan upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing pada 2022. FOTO Agensi
Yao (kanan) dan Lin ketika perarakan upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing pada 2022. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Pertemuan semula legenda bola keranjang China, Yao Ming, dengan Lin Hao iaitu pemuda yang juga wira gempa bumi Sichuan pada 2008 menyentuh hati netizen China.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pertemuan pada Januari lalu adalah selepas 16 tahun bencana itu.

Pada Sukan Olimpik Beijing, Yao yang mempunyai ketinggian 229 sentimeter (sm) memegang tangan Lin yang ketika itu berusia sembilan tahun pada perarakan upacara pembukaan.

Lin dipuji sebagai wira negara kerana keberaniannya menyelamatkan dua rakan sekelasnya selepas gempa bumi magnitud 8.0 melanda daerah Wenchuan di wilayah Sichuan, barat daya China, pada 12 Mei 2008.

Ketika itu, Lin yang berumur sembilan tahun adalah murid sekolah rendah di bandar Yingxiu dekat pusat gempa.

Meskipun begitu, Lin yang kini berusia 25 tahun mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan rakan sekelasnya di bangunan yang runtuh itu.

PERTEMUAN semula Yao (kiri) dan Lin, baru-baru ini. FOTO Agensi
PERTEMUAN semula Yao (kiri) dan Lin, baru-baru ini. FOTO Agensi

Pada 5 Mac, iaitu sempena acara All-Star CBA Weekend yang diadakan di Xiamen, di wilayah Fujian, tenggara China, presiden Persatuan Bola Keranjang China Yao Ming yang berusia 43 tahun berjalan ke atas pentas bersama Lin.

Lin kini Timbalan Setiausaha Sambilan Liga Belia Komunis Yingxiu iaitu kampung halamannya, dan pengasas syarikat e-dagang permulaan yang membantu petani tempatan mempromosikan serta menjual hasil mereka.

Dia juga bekerja sebagai pemandu pelancong pada masa lapang, menceritakan kisah gempa bumi dan pembinaan semula kepada pelancong.

Pada Januari lalu, Lin mengumumkan dia akan berkahwin dengan seorang wanita Tibet.

Lin berkata, dia tidak menyangka Yao akan mengingatinya tetapi apabila Yao melihatnya, dia mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

"Kamu menjadi lebih tinggi sejak itu, dan saya bertambah gemuk," seloroh Yao ketika bersembang dengan Lin di atas pentas.

Menurut rekod, Yao bersara daripada bola keranjang profesional pada usia 30 tahun pada 2011 berikutan beberapa kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 11:24 AM