GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

Beijing: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam kebakaran asrama sekolah di wilayah Henan, tengah China.

Kebakaran di Sekolah Yingcai di perkampungan Yanshanpu, Henan itu dilaporkan kepada bomba pada 11 malam (1500 GMT) Jumaat.

Agensi berita Xinhua melaporkan 13 orang sudah disahkan maut, manakala seorang cedera.

"Penyelamat tiba di tempat kejadian secepat mungkin dan api berjawa dikawal pada 11.38 malam," lapor Xinhua.

Mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di hospital dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran, menurut Xinhua.​

Kebakaran yang membawa maut adalah perkara biasa di China disebabkan standard piawaian keselamatan yang longgar dan penguatkuasaan lemah.

Pada November lalu, 26 orang maut dan berpuluh lagi dihantar ke hospital selepas kebakaran di pejabat syarikat arang batu di wilayah Shanxi, utara China.

Sebelum itu kebakaran hospital di Beijing pada April mengorbankan 29 orang dan memaksa mangsa yang terselamat melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 9:51 AM