GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua

Hanoi: Empat orang maut dalam kebakaran di kedai bunga di Hanoi, Vietnam, pada Isnin, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira 4.40 pagi dan mangsa maut akibat sesak nafas, lapor Agensi Berita Vietnam.

Kedai yang terletak di bangunan empat itu dilaporkan hanya seluas kira-kira 20 meter persegi dan mempunyai satu laluan keluar.

Punca kejadian sedang disiasat.

Menurut Jabatan Polis Bomba dan Penyelamat, sepanjang tahun lepas Vietnam menyaksikan 3,440 insiden kebakaran yang mengorbankan 146 orang dan 109 lagi cedera selain menyebabkan kerugian harta benda kira-kira 878 bilion dong Vietnam (AS$36.1 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 12:33 PM