BUKU dan beg sekolah di lokasi berkenaan. FOTO EPA
BUKU dan beg sekolah di lokasi berkenaan. FOTO EPA
AFP

Yangon: Sekurang-kurangnya 11 murid sebuah sekolah di sebuah kampung di Myanmar terbunuh dalam insiden serangan udara dan tembakan, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Unicef mengutuk keganasan yang dilaporkan berlaku pada Jumaat di Depeyin, Sagaing.

Serangan itu menyasarkan kumpulan pemberontak yang bersembunyi di lokasi berkenaan.

Myanmar kini berada dalam keadaan tegang sejak tentera merampas kuasa pada Februari tahun lalu.

Sejak rampasan itu, kira-kira 2,300 orang awam terbunuh susulan tindakan keras terhadap mereka yang menentang pemerintahan junta menurut kumpulan pemantau tempatan.

Wilayah Sagaing di barat laut negara menyaksikan beberapa pertempuran sengit antara pejuang antirampasan kuasa dan tentera, manakala seluruh kampung dibakar.

"Pada 16 September, sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut dalam serangan udara dan kebakaran di kawasan awam.

"Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dari sekolah yang sama masih hilang," kata Unicef dalam satu kenyataan pada Isnin yang turut menggesa agar mereka dibebaskan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 10:00 AM