GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Bangkok: Polis Thailand merampas 2 tan methamphetamine daripada sebuah bot tunda besar di Chachoengsao dalam satu operasi besar, Isnin lalu.

Dadah itu yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina dan Australia, berjaya dirampas hasil usaha bersama polis marin dan narkotik.

Tiga belas individu, kesemuanya warga Thailand, ditahan di sebuah jeti di daerah Bang Pakong di Chachoengsao.

Komander Bahagian Polis Marin, Mejar Jeneral Phrutthipong Nutchanart berkata, 2,000 kilogram kristal methamphetamine itu disorok dalam 90 kotak kadbod.

Beliau berkata, hasil siasatan awal menunjukkan suspek yang ditahan merancang memindahkan barang seludup itu ke kapal yang menunggu di perairan antarabangsa.

"Siasatan terhadap operasi kumpulan itu masih diteruskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 7:54 AM