Gambar hiasan. FOTO AFP.
Gambar hiasan. FOTO AFP.
Agensi

Riyadh: Arab Saudi meraikan satu Syawal hari ini dengan pertunjukan bunga api yang akan menerangi langit di 13 bandar raya negara itu.

Pihak Berkuasa Am Hiburan (GEA) dilapor Saudi Gazzete menetapkan lokasi bagi pertunjukan itu yang termasuk dalam Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 yang bermula jam 9 Malam (waktu tempatan).

Antara tempat popular untuk pertunjukan itu adalah Boulevard Riyadh City dan Taman Al-Safa, Abha, manakala di Jeddah pertunjukan akan berlangsung di Jeddah Art Promenade.

Dilaporkan program hiburan bagi meraikan Aidilfitri itu akan berlangsung selama tiga hari termasuk persembahan dron.

Lokasi lain untuk pertunjukan adalah di tepi pantai Al-Khobar, kawasan rekreasi Al-Magwar di Hail, Taman Putera Hussam di Al Baha, selain Tabuk Central Park dan taman awam dekat pusat beli-belah Al-Othaim dan kejiranan Al-Nahda di Najran.

Penduduk di Madinah boleh menyaksikannya di King Fahd Central Park dan bagi penduduk Buraidah disaran menonton di Taman Negara Raja Abdullah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 12:26 PM