FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Makkah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan mengulang umrah pada bulan Ramadan dan mereka dibenarkan mengerjakannya sekali sahaja.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan, langkah terbabit bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan mulia itu.

Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah.

Ini selain pentingnya mereka hadir pada masa yang ditetapkan.

Menurut kementerian terbabit, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah.

Bagaimanapun, jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk sebelum mengeluarkan permit waktu yang baru.

Kementerian berkenaan turut mengesahkan aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala.

Sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 2:11 PM