Gununng Merapi muntahkan awan panas hari ini. FOTO AFP
Gununng Merapi muntahkan awan panas hari ini. FOTO AFP
Reuters

Jakarta: Gunung berapi Merapi di Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan panas sehingga tujuh kilometer, kata agensi pengurusan bencana negara itu dalam satu kenyataan.

Gunung berapi yang terletak di wilayah Yogyakarta di Indonesia itu meletus sekitar 12 tengah hari waktu tempatan (0500 GMT) dan aliran lava sejauh 1.5 km dapat dilihat, kata pihak berkuasa tempatan.

Penduduk di komuniti berhampiran sudah diberi amaran untuk menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya, dalam lingkungan antara tiga hingga tujuh kilometer radius dari kawah, kata kenyataan itu.

Merapi setinggi 2,963 meter (9,721 kaki) adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia.

Pegawai di pos pemantauan tempatan, Yulianto berkata tiada penduduk dipindahkan.

"Jika aliran lebih 7 kilometer, berkemungkinan penduduk akan dicadangkan berpindah," katanya.

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia mempunyai lebih banyak gunung berapi berbanding negara lain.

Merapi kali terakhir meletus dengan ganas pada 2010, mengorbankan lebih 350 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 4:46 PM