KESAN letupan pada 4 Ogos 2020 yang memusnahkan separuh daripada bandar Beirut. FOTO AFP
KESAN letupan pada 4 Ogos 2020 yang memusnahkan separuh daripada bandar Beirut. FOTO AFP
BERNAMA

Beirut: Menteri Ekonomi Lubnan Amin Salam pada Ahad merayu sokongan dunia Arab untuk membantu negara itu yang berhadapan kekurangan wang di tengah-tengah krisis ekonomi, lapor Agensi Anadolu.

"Lubnan dihimpit krisis demi krisis sejak sedekad lalu sehingga sekarang dan kini buntu. Ia perlukan sokongan anda (Arab).

"Lubnan juga merayu saudara Arabnya untuk menghulurkan bantuan ekoran krisis ekonomi dan kewangan yang belum pernah berlaku dalam sejarah," kata Salam pada persidangan mengenai Baitulmaqdis di ibu pejabat Liga Arab yang berpangkalan di Kaherah.

Beliau turut menyeru negara-negara Arab supaya menangani perbezaan.

"Lubnan merasai penderitaan ini dan masih belum pulih daripada kesan letupan 4 Ogos 2020 yang memusnahkan separuh daripada bandar Beirut," katanya.

Sejak 2019, Lubnan dibelenggu krisis ekonomi yang melumpuhkannya dan menurut Bank Dunia, krisis kewangan negara itu adalah antara yang terburuk pernah berlaku di era moden.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2023 @ 4:02 PM