BERNAMA

Wellington: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan, menjelang 7 Februari, lapor German Press Agency (dpa).

Adern membuat pendedahan mengejutkan itu pada sidang media pertamanya untuk 2023 pada Khamis.

"Saya tahu apa yang tugas ini perlukan dan saya tahu saya tidak lagi mampu melaksanakannya. Ia adalah semudah itu," katanya.

"Kami memberikan sebaik mungkin selagi boleh dan sudah tiba masanya. Untuk saya, sudah tiba masanya."

Peletakan jawatannya akan berkuat kuasa dengan pelantikan perdana menteri baharu.

Kaukus untuk memilih ketua Parti Buruh baharu akan berlangsung pada Sabtu.

Adern dilantik sebagai perdana menteri ketika usia 37 tahun pada 2017. Beliau antara ketua negara wanita termuda di dunia, dan kedua yang bergelar ibu ketika menjawat jawatan itu.

Ardern juga mengumumkan pilihan raya tahun ini akan diadakan pada 14 Oktober.

JACINDA Ardern. FOTO AP
JACINDA Ardern. FOTO AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2023 @ 9:12 AM