FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Tragis apabila seorang wanita maut disyaki dicampak suaminya dari tingkat tiga sebuah bangunan di India, baru-baru ini.

Portal NDTV melaporkan, insiden itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 32 tahun bertengkar dengan suaminya berkaitan beberapa isu, kata polis pada Selasa.

Insiden itu berlaku lewat malam Ahad di Kotwal, India.

Suspek, Rajeev Kumar, seorang guru di sebuah sekolah swasta, disyaki mencampakkan isterinya dari tingkat tiga rumah itu.

Berikutan itu, isterinya cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Superintendan Polis (Bandar) Kapil Dev Singh berkata, berdasarkan keterangan anak perempuan pasangan itu yang berusia lapan tahun, ketika kejadian, bapanya datang ke bilik ibu.

"Dia mengatakan ibu bapanya kemudian bertengkar berhubung beberapa isu," katanya

Menurut Singh, Kumar kemudian mengheret wanita itu sambil mencekiknya dan kemudian mencampak isterinya itu ke bawah bangunan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses dibedah siasat.

"Suspek pula masih dikesan kerana melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2023 @ 1:19 PM