GAMBAR fail Sagawa pada 5 Februari 1992 ketika ditemui AFP di apartmennya di Yokohama. FOTO AFP
GAMBAR fail Sagawa pada 5 Februari 1992 ketika ditemui AFP di apartmennya di Yokohama. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Seorang pembunuh Jepun dikenali sebagai Kanibal Kobe yang hidup bebas selepas membunuh dan memakan penuntut Belanda, meninggal dunia pada usianya 73 tahun.

Menurut kenyataan adik lelaki dan seorang rakannya, Issei Sagawa meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 24 November lalu dan dikebumikan dengan hanya dihadiri saudara-mara, tanpa upacara umum yang dirancang.

Kenyataan itu dikeluarkan penerbit memoir 2019 yang ditulis abang Sagawa.

Pada 1981, Sagawa yang dalam pengajian di Paris apabila dia mengajak penuntut Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya.

Dia menembak leher dan merogolnya sebelum memakan bahagian badan wanita itu selama tiga hari.

Dia kemudian cuba membuang mayat mangsa di taman Bois de Boulogne, tempat dia ditangkap.

Pakar psikiatri menganggap Sagawa tidak layak untuk menghadapi perbicaraan dan dia pada mulanya ditahan di institusi mental di Perancis sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Pihak berkuasa Jepun mengesahkan dia waras, namun kerana tuduhan terhadapnya di Perancis digugurkan, dia dibenarkan bebas tanpa sebarang hukuman.

Sagawa tidak merahsiakan jenayahnya dan memanfaatkan kemasyhurannya, termasuk dengan memoir seperti novel bertajuk In the Fog yang mana dia mengenang pembunuhan itu secara terperinci.

Dia juga menceritakan butiran kejadian dan obsesi berterusannya terhadap kanibalisme dalam temu bual dan dokumentari 2017, Caniba.

Bercakap kepada saluran media Vice, Sagawa berkata, dia taksub dengan kanibalisme.

"Keinginan saya untuk makan seorang wanita berubah menjadi satu kewajipan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 1:00 PM