TANGKAP layar daripada video yang tular di media sosial di China.
TANGKAP layar daripada video yang tular di media sosial di China.
Agensi

Beijing: Seorang bayi lelaki di China memakan najisnya ketika bapanya sibuk menggunakan telefon bimbit.

Tindakan bayi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya, sebelum ia tular di media sosial.

Bayi berusia sembilan bulan itu itu dianggap belajar sesuatu yang 'sukar' berdasarkan reaksinya ketika memasukkan najis ke dalam mulut.

Pada mulanya, keadaan kelihatan terkawal, namun bayi itu tiba-tiba memasukkan 'objek kehitaman' ke dalam mulutnya.

Dia kemudian mengangkat bahu dan menggelengkan kepala beberapa kali sebagai respons selepas merasai sesuatu.

Kejadian itu hanya disedari bapanya selepas anaknya berdiri di tepi sofa dan bergegas membersihkan mulut bayi terbabit.

South China Morning Post melaporkan, ibu bayi terbabit sedar kejadian itu selepas menyedari cadar tilam sudah ditukar suaminya.

Menerusi platform media sosial Weibo, video berkenaan meraih tujuh juta tontonan setakat ini.

Ketika kejadian, ibu bayi itu keluar bekerja dan hanya sedar selepas pulang ke rumah pada waktu petang.

"Saya tiba di rumah selepas pulang dari kerja dan menyedari semua cadar tilam di ruang tamu sudah ditukar.

"Namun, saya curiga punca cadar itu ditukar dan pelik apabila suami rajin mencuci cadar.

"Suami pada mulanya tidak berani untuk menceritakan kejadian dan hanya memaklumkan ada kesan najis pada cadar.

"Namun bayi kami memakan najis sendiri dan ia tidak disedari suami pada awalnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 1:01 PM