FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Jakarta: Sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemukan selepas sebuah feri karam di persisir sebuah pulau di Indonesia ekoran cuaca buruk, menurut agensi mencari dan menyelamat, hari ini.

Feri KM Cahaya Arafah terbalik di perairan Pulau Ternate petang Isnin menyebabkan 13 orang hilang setakat ini.

Pasukan penyelamat menemui empat mayat petang semalam dan lima mayat pada hari keempat pencarian, kata agensi mencari dan menyelamat Ternate dalam satu kenyataan.

Empat lagi mangsa masih hilang dan operasi mencari giat dijalankan.

Feri berkenaan membawa 77 penumpang dan krew menuju ke Pulau Halmahera.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 3:00 PM