PENYAMPAI berita di sebuah stesen televisyen di Afghanistan.
PENYAMPAI berita di sebuah stesen televisyen di Afghanistan.
AFP

Kabul: Penyampai wanita di sebuah stesen televisyen terkemuka di Afghanistan bersiaran pada Sabtu, tanpa menutup muka, sekali gus ingkar arahan baru dikuatkuasakan oleh Taliban.

Stesen TV TOLOnews, Shamshad TV dan 1TV semuanya menyiarkan program secara langsung Sabtu dengan mempertontonkan wajah penyampai wanita

"Rakan sekerja wanita kami bimbang jika mereka menutup muka, perkara seterusnya yang mereka akan diberitahu adalah pemberhentian bekerja.

"Itu sebabnya mereka tidak mematuhi arahan itu setakat ini," kata ketua berita TV Shamshad Abid Ehsas.

Sementara itu, jurucakap Timbalan Menteri, Mohamamd Sadeq Akif Mohajir berkata, wanita itu melanggar arahan Taliban.

Sejak kembali berkuasa tahun lalu, Taliban mengenakan sekatan terhadap masyarakat sivil, ramai yang menumpukan pada mengekang hak wanita dan gadis.

Awal bulan ini pemimpin tertinggi Afghanistan mengeluarkan arahan supaya wanita menutup sepenuhnya di khalayak ramai, termasuk muka mereka, sebaik-baiknya dengan burqa tradisional.

Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat mengarahkan penyampai TV wanita untuk akur dengan arahan itu menjelang Sabtu.

Sebelum ini, penyampai TV wanita hanya diwajibkan bertudung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 10:33 AM