Orang ramai beratur untuk membuat pemeriksaan Covid-19 di Beijing. FOTO AFP
Orang ramai beratur untuk membuat pemeriksaan Covid-19 di Beijing. FOTO AFP
Reuters

Shanghai: China melaporkan 10,729 kes Covid-19 baharu semalam berbanding 9,005 berbanding semalam.

Sebanyak 1,209 bergejala manakala 9,520 tidak bergejala, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada hari Jumaat.

Tidak termasuk jangkitan import, China melaporkan 10,535 kes tempatan baharu, di mana 1,150 daripadanya bergejala dan 9,385 tidak bergejala, meningkat daripada 8,824 sehari sebelumnya.

Tiada kematian baharu, sama seperti sehari sebelumnya, mengekalkan kes kematian pada 5,226.

Sehingga 10 November, tanah besar China mengesahkan 268,753 kes dengan simptom.

Ibu kota China, Beijing, melaporkan 64 kes bergejala dan 54 kes tanpa gejala, berbanding 34 kes bergejala dan 61 tanpa gejala pada hari sebelumnya, menurut data kerajaan tempatan.

Guangzhou melaporkan 225 kes baru bergejala tempatan dan 2,358 kes tanpa gejala, berbanding 125 kes bergejala dan 2,430 kes tanpa gejala sehari sebelumnya, kata pihak berkuasa di bandar yang mempunyai hampir 19 juta orang itu.

Daerah Haizhu di Guangzhou, di mana kebanyakan kes Covid-19 di bandar itu dilaporkan, dilanjutkan perintah sekatan hingga Ahad, kata pihak berkuasa tempatan menerusi akaun WeChat mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 10:47 AM