ORANG ramai menjalani ujian saringan Covid-19 di satu lokasi di Beijing. FOTO Reuters
ORANG ramai menjalani ujian saringan Covid-19 di satu lokasi di Beijing. FOTO Reuters
AFP

Beijing: Kerajaan China melancarkan ujian saringan Covid-19 berskala besar membabitkan 21 juta penduduk ekoran kebimbangan peningkatan kes selain sekatan ketat di pusat bandar utama seperti Shanghai.

China cuba membendung gelombang jangkitan di Shanghai yang melaksanakan sekatan hampir keseluruhannya sejak beberapa minggu lalu dengan 52 kematian Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Pihak berkuasa Beijing mengarahkan orang ramai di 12 daerah utama dengan populasi penduduk tinggi menjalani tiga pusingan ujian ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata (RT-PCR) selepas berpuluh kes dikesan di bandar itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pusat bandar berkepadatan tinggi seperti Chaoyang menjadi daerah pertama yang melaksanakan ujian besar-besaran mulai Isnin, dengan orang ramai menunggu dalam barisan panjang.

Sebanyak 11 daerah lagi memulakan ujian pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 10:25 AM