FOTO pada 11 April lalu menunjukkan tanah runtuh susulan ribut tropika berkenaan. FOTO Reuters
FOTO pada 11 April lalu menunjukkan tanah runtuh susulan ribut tropika berkenaan. FOTO Reuters
BERNAMA

Manila: Jumlah korban akibat Ribut Tropika Megi yang melanda Filipina meningkat kepada 172, manakala 110 lagi masih hilang, menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Ahad.

Jumlah mangsa terjejas pula melebihi dua juta orang, lapor Sputnik.

Agaton melanda Filipina sejak 9 hingga 12 April, mencetuskan banjir dan tanah runtuh selain menjejaskan 10,300 rumah dengan 670 daripadanya ranap.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2022 @ 4:07 PM