PENDUDUK melalui laluan yang dipenuhi sisa dan kerosakan akibat ribut Nalgae di Noveleta, Cavite. FOTO AFP
PENDUDUK melalui laluan yang dipenuhi sisa dan kerosakan akibat ribut Nalgae di Noveleta, Cavite. FOTO AFP
BERNAMA

Moscow: Seramai 98 orang maut manakala 69 lagi cedera akibat kejadian banjir dan tanah runtuh di Filipina yang dicetuskan ribut tropika Nalgae (Paeng), lapor Sputnik.

Menurut laporan Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Isnin, ribut itu telah menjejaskan lebih 1.8 juta orang manakala 63 orang masih hilang.

Sebelum ini, NDRRMC pada Sabtu memaklumkan 72 orang terkorban manakala 33 lagi cedera akibat Nalgae.

Lebih 12,100 orang terpaksa berpindah ke 113 pusat perlindungan sementara yang telah dibangunkan di seluruh negara.

Hampir 3,500 rumah rosak, 689 kediaman musnah manakala lebih 70 jalan raya, 16 jambatan dan 58 pelabuhan terjejas akibat ribut berkenaan.

Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 2:11 PM