SUKARELAWAN komuniti membantu penduduk yang mahu menjalani ujian saringan Covid-19 di daerah Pudong, Shanghai. FOTO AFP
SUKARELAWAN komuniti membantu penduduk yang mahu menjalani ujian saringan Covid-19 di daerah Pudong, Shanghai. FOTO AFP
Reuters

Shanghai: Tiga kematian direkodkan akibat jangkitan Covid-19 di bandar ini pada Ahad.

Keadaan ini pertama kali berlaku dalam kalangan mereka yang dijangkiti sejak penularan semasa wabak berkenaan dikesan di hab kewangan China itu.

Bandar itu merekodkan 19,832 kes baharu Covid-19 tanpa simptom pada Ahad, menurun daripada 21,582 kes hari sebelumnya.

Kes positif membabitkan simptom juga menurun kepada 2,417 kes, berbanding 3,238 kes sebelum itu.

Bandar itu sudah menjalankan lebih 200 juta ujian asid nukleik sejak 10 Mac lalu dalam usaha mengekang penularan terbesar Covid-19 sejak wabak itu dikesan di Wuhan penghujung 2019.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2022 @ 9:52 AM