ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Hong Kong. FOTO Reuters
ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Hong Kong. FOTO Reuters
Agensi

Hong Kong: Kerajaan Hong Kong mengarahkan ujian saringan wajib ke atas 7.5 juta rakyatnya dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Ketua Eksekutif, Carrie Lam berkata, penduduk perlu menjalani tiga pusingan ujian bermula pertengahan Mac ini.

Wilayah ini cuba untuk mematuhi polisi 'sifar Covid-19' yang dilaksanakan China, namun penularan varian Omicron menyebabkan peningkatan kapasiti ujian, hospital dan kuarantin.

Ketika negara lain masih belajar untuk 'hidup' dengan penyakit itu, China memperkenalkan polisi untuk cuba membasmi jangkitan melalui ujian awal, pengesanan kontak terperinci dan kuarantin yang ketat serta sekatan perjalanan.

"Tempoh satu hingga tiga bulan yang akan datang adalah penting dalam memerangi wabak ini.

"Wabak semakin teruk sudah jauh mengatasi kemampuan kerajaan Hong Kong untuk menanganinya," kata Lam kepada wartawan.

Semua penduduk perlu menjalani tiga kali ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dalam tempoh seminggu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 10:20 AM