GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Singapura: Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lalu, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom ringan.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat Covid-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Februari, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin Covid-19, dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Februari 2022 @ 11:40 AM