GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Singapura: Singapura merekodkan 19,420 kes harian baharu Covid-19 setakat tengah hari Selasa (15 Februari), meliputi 19,179 kes tempatan dan 241 kes import.

Chanel News Asia melaporkan ia adalah kes harian tertinggi sejak Kementerian Kesihatan (MOH) mula memasukkan kes Protokol 2 ke dalam jumlah kes harian pada 21 Januari.

Angka tertinggi sebelum ini adalah 13,208 kes yang dilaporkan pada 4 Februari.

Selain itu, negara ini melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kematian kepada 913.

Dalam pada itu, MOH melaporkan daripada semua kes harian dilaporkan pada Selasa itu, 16,161 adalah kes Protokol 2 dengan 16,102 kes tempatan dan 59 kes import.

Kes Protokol 2 adalah mereka yang sihat atau mempunyai gejala ringan.

Setakat Selasa, Singapura merekodkan 497,997 kes Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Februari 2022 @ 8:45 AM