GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

New Delhi: Gara-gara mabuk, sami yang mengetuai acara korban haiwan tersilap menyembelih kepala seorang lelaki.

Media tempatan melaporkan tragedi itu berlaku di Kuil Yellamma Kampung Valasapalli, Chittoor, Andhra Pradesh, Ahad lalu.

Sami Chalapathi sepatutnya menyembelih kambing, namun disebabkan mabuk, dia tersilap menghalakan pisau ke kepala mangsa, Suresh yang ditugaskan memegang haiwan itu.

United News of India (UNI) melaporkan Suresh meninggalkan isteri dan dua anaknya.

Menurut UNI, acara potong korban itu sebahagian festival haiwan Kanuma, juga dikenal sebagai Pasuvula Panduga sempena perayaan perayaan Sankranthi.

Sementara itu, Newsweek melaporkan, polis mengesahkan penahanan suspek dan kejadian berpunca akibat sami itu mabuk dan tersilap menyembelih kepala mangsa.

Katanya, Suresh mengalami pendarahan serius dan dikejarkan ke hospital kerajaan Madanpelle sebelum disahkan meninggal dunia.

Sankranti adalah festival Hindu yang didedikasikan untuk menyembah dewa matahari, Dewa Surya.

Menurut Asia Highlights, penganut Hindu merayakan festival ini dengan ke kuil dan mandi di Sungai Gangga serta mengorbankan haiwan sepanjang perayaan berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 6:45 AM