IIMEJ dirakam dari pesawat pemantau Tentera Udara New Zealand menunjukkan debu melitupi rumah dan ladang di Nomuka, Tonga. FOTO Reuters
IIMEJ dirakam dari pesawat pemantau Tentera Udara New Zealand menunjukkan debu melitupi rumah dan ladang di Nomuka, Tonga. FOTO Reuters
AFP

Tonga: Kematian pertama akibat letupan gunung berapi dasar laut berhampiran negara pulau Pasifik, Tonga itu disahkan pada Isnin.

Namun, setakat mana kerosakan yang dialami masih belum diketahui.

Tonga masih terputus hubungan dengan dunia luar selepas letupan itu memutuskan sistem komunikasi dan menghalang usaha bantuan kecemasan disalurkan.

Letupan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai menyebabkan Tonga diselubungi debu, malah menyebabkan amaran tsunami ke seluruh Pasifik dengan ombak besar menjejaskan seluruh dunia.

Kerosakan talian telefon dan internet yang dijangka masih tidak dapat dibaiki dalam tempoh beberapa beberapa minggu akan datang.

Kematian pertama yang disahkan itu adalah wanita rakyat Britain Angela Glover, 50, yang dibawa arus tsunami.

Angela menetap di ibu kota Tonga bersama suaminya James, kata abang Glover, Nick Eleini, kepada media Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 9:54 AM