Orang awam memakai pelitup muka berjalan di hadapan poster peringatan berkaitann Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
Orang awam memakai pelitup muka berjalan di hadapan poster peringatan berkaitann Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
BERNAMA

Bangkok: Permohonan menjadi warganegara Thailand kini lebih sukar dan mahal.

Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata kabinet pada Selasa meluluskan peraturan baharu terhadap warga asing yang memohon kewarganegaraan, perlu lulus ujian bahasa Thai yang ditetapkan jawatankuasa kecil.

Pemohon perlu mengemukakan sijil yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan sebagai bukti mereka mendapat pendidikan sekurang-kurangnya di sekolah rendah di Thailand, katanya.

Di bawah peraturan sebelum ini, pemohon dikehendaki "mempunyai pengetahuan berbahasa Thai".

Sementara itu, beliau berkata kabinet bersetuju menggandakan yuran permohonan bagi kategori dewasa daripada 5,000 baht kepada 10,000 baht.

"Yuran permohonan bagi kanak-kanak turut meningkat daripada 2,500 baht kepada 5,000 baht," katanya.

Antara kelebihan memiliki kewarganegaraan Thai termasuk memiliki harta, bekerja tanpa permit kerja dan visa serta memiliki saham dalam syarikat Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 5:05 PM