KIRTI dibunuh kejam oleh adiknya selepas kahwin lari.
KIRTI dibunuh kejam oleh adiknya selepas kahwin lari.
Agensi

New Delhi: Berang selepas mengetahui kakaknya hamil kerana kahwin lari, seorang remaja bertindak memenggal kepala wanita itu sebelum berswafoto dan berarak dengannya.

Tindakan itu didakwa dilakukan demi menjaga maruah keluarga selepas Kirti Thore, 19, berkahwin lari dengan lelaki dicintainya apabila mendapat tentangan.

Polis menahan remaja dipercayai berusia 17 atau 18 tahun dan ibunya, Shobhabai Mote selepas kejadian di perkampungan Ladgaon, Aurangabad.

Mereka sebelum itu melawat Kirti yang tinggal di kampung berkenaan bersama keluarga suaminya, menurut One India.

Penolong Pesuruhjaya Polis Kailash Prajapati berkata, adik Kirti menyerangnya dari belakang dengan sabit sementara ibu memegang kakinya.

Katanya, remaja itu kemudian memenggal kepala mangsa dan membawanya keluar.

Prajapati berkata, ketika kejadian suami Kirti sakit dan berbaring di dalam rumah, hanya tersedar apabila mendengar bunyi pinggan mangkuk jatuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 7:00 AM