FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Manila: Filipina melanjutkan sekatan kemasukan pengembara dari India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga 13 Julai, lapor Xinhua yang memetik jurucakap presiden, Harry Roque, pada Rabu.

Menerusi sidang media disiarkan di televisyen, Roque berkata, pasukan petugas khas dianggotai pelbagai agensi sudah meluluskan lanjutan berkenaan kerana tujuh negara terbabit berisiko tinggi untuk penularan Varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Filipina sebelum ini mengesan varian Delta dalam sampel 19 warganya yang pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, tiada penularan tempatan dilaporkan sehingga kini.

Negara itu sudah melanjutkan sekatan perjalanan itu untuk negara terbabit yang terjejas teruk susulan penularan varian Delta.

Ia bagi mengelak penularan varian itu di Filipina.

Setakat ini, Filipina merekodkan 1,481,660 kes Covid-19 dengan 26,092 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 2:59 PM