Pelanggan menanti giliran untuk mendapatkan isian semula oksigen di Jakarta. FOTO EPA
Pelanggan menanti giliran untuk mendapatkan isian semula oksigen di Jakarta. FOTO EPA
Agensi

Jakarta: Indonesia mencatatkan angka kematian akibat Covid-19 seramai 728 individu, yang tertinggi pernah direkodkan sejak pertama kali kes Covid-19 dikesan di Indonesia pada Mac tahun lalu.

Dengan penambahan itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa Covid-19 yang maut mencapai angka 61,868 orang.

Pada Isnin, angka kematian yang dicatatkan adalah 558 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes baru yang dicatatkan hari ini adalah 31,189 menjadikan angka keseluruhan sebanyak 2.35 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 6:19 PM